Pustaka
Bahasa Indonesia

ILMU BITAS

5.0K · Ongoing
NAZRIN AZIZ
5
Bab
0
View
9.0
Rating

Ringkasan

SINOPSIS ILMU BITAS Di Kampung Air Esbok, Tawau, legenda ilmu hitam Bitas masih menghantui ingatan orang tua. Kononnya ilmu itu membolehkan seseorang membalas dendam dari jauh — menyebabkan musuh jatuh sakit, meracau, bahkan mati perlahan. Tapi bayarannya mahal: maruah dan nyawa sendiri. Majid, seorang pemuda kampung panas baran, hilang kawalan selepas dihina di depan orang ramai. Dendamnya membara hari demi hari. Walaupun dinasihat oleh isterinya Ani, dia tetap nekad mencari bomoh untuk belajar Bitas. Ritual berdarah dijalankan di hutan, dengan sumpah untuk menundukkan musuhnya, Kadir. Majid mula berubah — matanya merah, sikapnya kasar, suaranya seolah dua bertindih. Rumah tangganya hancur, Ani hidup ketakutan sambil menjaga bayi mereka. Orang kampung mula resah, terdengar bisik-bisik Majid bermain ilmu hitam. Ustaz Fahmi dan Haji Karim cuba menasihati, tapi Majid makin keras kepala. Kemuncaknya, Majid melakukan ritual terakhir dalam keadaan kerasukan. Dia meminta Bitas menghancurkan musuhnya, dan Kadir benar-benar jatuh sakit muntah darah. Tapi harga yang dituntut oleh Bitas segera datang — maruahnya sendiri. Majid ditemukan orang kampung dalam keadaan aib dan ngeri: kemaluannya sendiri sudah terbonjol di dahinya. Dia meraung meminta mati. Dalam tangisan isterinya, dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir, darah membanjiri mukanya. Kampung Air Esbok kembali sunyi. Orang-orang tua hanya berpesan: “Bitas bukan ilmu main-main. Dendam berbalik makan tuan.”

SuspenseFantasipembunuhanBalas DendamKeluargaIblisTersesat/ObsesifDewasa

ILMU BITASBab 1: Bara Dendam Kampung Air Esbok Tawau Sabah. - 1

BAB 1.1 – Bara Yang Menyala Dalam Dada

Malam sunyi menikam Kampung Air Esbok. Angin dingin dari arah sungai meniup daun nipah sampai berdesir-desir. Lampu minyak di rumah kayu Majid bergoyang-goyang, macam takut dengan angin. Bau tanah basah naik dari bawah kolong rumah.

Majid duduk di tangga, wajah keras, rahang ketat, mata tak berkelip memandang hutan gelap macam ada sesuatu di sana yang memanggil dia.

Ani dari dapur perhati suaminya sejak tadi, dada dia berdebar.

Ani (isteri):

“Bang… sudah-sudahlah tu. Kau mau apa lagi? Sudah ramai orang kau marah.”

Majid tak bergerak. Bila dia menoleh, matanya merah, nafasnya berat.

Majid:

“Jangan kau cakap banyak Ani. Diorang semua kurang ajar bah!”

Ani duduk perlahan di tangga bawah, cuba dekat.

Ani:

“Kau tau ka orang kampung semua takut sudah. Diorang bilang kau panas baran… suka bikin rusuh.”

Majid bangkit tiba-tiba, sampai lampu minyak bergegar. Ani tersentak, pegang jantung.

Majid:

“Biar diorang takut! Biar! Aku mau ajar tu si Kadir. Kurang ajar dia panggil aku anjing depan orang ramai!”

Ani:

“Bang… astaga bang… jangan sudah lah… kita susah sudah ni. Jangan tambah dosa bang…”

Majid hempas pintu, bunyi sampai bergaung satu rumah.

Ani mengejar sampai depan pintu.

Ani:

“Bang! Majid! Jangan keluar lagi malam-malam! Kau bikin aku takut bah!”

Majid tak peduli. Langkahnya berat menuju arah surau. Tapi bila sampai, dia berhenti jauh dalam gelap, hanya memerhati. Nafasnya kasar. Dadanya penuh bara dendam.

Dalam hati Majid:

› “Aku tidak boleh biar dia hina aku. Sekali lagi dia panggil aku anjing… aku sumpah aku kasi dia rasa.”

Keesokan paginya…

Balai kecil kampung sudah ramai orang tua duduk minum kopi. Suasana muram. Hanya bunyi ayam berkokok.

Haji Karim geleng kepala, risau tak habis.

Haji Karim:

“Ustaz… kau nampak sudah budak Majid tu. Lepas ayah dia mati… dia makin keras kepala bah.”

Ustaz Fahmi meletakkan cawan.

Ustaz Fahmi:

“Saya nampak Haji. Semalam dia berdiri luar surau, lama. Bukan mau sembahyang. Macam dia tunggu sesuatu.”

Haji Karim:

“Aku dengar-dengar… dia mau cari ilmu bah. Ndak tau betul ka nda.”

Ustaz Fahmi:

“Ilmu apa lagi tu? Majid ni bukan budak-budak.”

Haji Karim tunduk, suara perlahan namun tegang.

Haji Karim:

“Aku takut dia pi cari Bitas.”

Ustaz Fahmi terus berubah muka.

Ustaz Fahmi:

“Ya Allah… Haji… Bitas tu ilmu kotor bah. Haram. Yang dulu-dulu orang Bisaya pakai kalau dendam besar. Tapi bayaran dia mahal… bukan duit… darah.”

Haji Karim tarik nafas panjang.

Haji Karim:

“Dulu pernah tu… satu orang macam dia juga. Mau balas dendam. Akhirnya kemaluan dia pindah ke dahi. Aib seumur hidup. Mati teriak-teriak.”

Seorang pakcik kampung mencelah.

Pakcik Lamat:

“Betul tu. Aku pun ingat. Orang tu mati macam bukan manusia. Bila mayat dia mandi… air jadi hitam macam lendir.”

Ustaz Fahmi tunduk sambil genggam tasbih.

Ustaz Fahmi:

“Kita kena cegah sebelum ada nyawa melayang. Majid ni kalau betul sudah pergi jumpa tu bomoh Bitas… susah ni.”

Haji Karim:

“Aku mau pergi rumah dia petang nanti. Tapi takut juga bah… dia sekarang bukan macam Majid yang dulu.”

Pakcik Lamat:

“Dia pandang orang pun lain sudah. Macam dalam mata dia ada orang lain tinggal.”

Ustaz Fahmi menggigil sedikit.

Ustaz Fahmi:

“Haji… ni bukan kes marah biasa ni. Ini dendam. Orang dendam… apa-apa dia sanggup buat.”

Haji Karim tepuk meja.

Haji Karim:

“Sebelum dia bikin benda gila… kita mesti buat sesuatu.”

Balai kampung sunyi. Semua orang pandang satu sama lain.

Masing-masing tahu…

Majid bukan lagi Majid yang mereka kenal.

Dan kalau dia betul-betul sudah langkah kaki ke ilmu Bitas…

Kampung Air Esbok bakal terima malam paling gelap dalam sejarahnya.

Bab 1.2 – Jejak Kemenyan & Amaran Awal

Malam itu Kampung Air Esbok diselimuti angin sejuk yang datang dari arah bukit. Daun kelapa bergesel, mengeluarkan bunyi seperti bisikan orang bertengkar. Di dapur rumah kayu Majid, lampu minyak berkelip-kelip, bayang-bayang di dinding bergerak macam menari.

Ani duduk di bangku, tangan basah peluh. Dia perasan sejak beberapa hari ni Majid selalu balik lewat, muka macam orang yang tidak tidur berhari-hari.

Pintu depan berbunyi “krekkkk…”

Majid masuk dengan langkah berat.

Ani terangkat kepala, dan serta-merta hidungnya menangkap bau pelik — bau asap kemenyan bercampur tanah basah.

Ani (suara bergetar):

“Mana kau pergi hah? Baju kau bau lain ni! Bukan bau gudang ikan, bukan bau lumpur… lain ni bang…”

Majid berhenti. Dia memandang Ani tajam, seolah-olah kata-kata itu satu penghinaan.

Majid (garau, serak):

“Jangan tanya Ani. Jangan bikin aku naik tangan.”

Ani menelan air liur. Dia cuba kuat, tapi suara dia pecah.

Ani:

“Bang… aku sayang kau bah… tapi kau buat aku takut sudah ni bang… tiap malam kau hilang… balik pun macam orang marah dunia…”

Majid mengetap gigi.

Dia tiba-tiba menghentak meja dengan tangan.

BANGGG!

Pinggan jatuh, pecah macam kaca dihentam batu.

Majid (menengking):

“Aku cakap jangan tanya!!! Kau mau aku hilang sabar ka?!”

Ani terjerit kecil, langkahnya mundur sendiri.

Matanya berkaca.

Ani (terisak):

“Bang… apa kau buat sebenarnya… kau ada pi mana…?”

Majid menyambar topi capnya dan melangkah pergi.

Majid:

“Jangan ikut aku. Kau diam saja dalam rumah.”

Dia keluar, pintu dihentak hingga berlaga kuat.

Ani berdiri memeluk badannya sendiri, bibirnya menggigil.

Ani (berbisik sambil menangis):

“Ya Allah… apa sudah jadi sama suami aku…”

Pagi Esoknya – Depan Rumah Kadir

Matahari baru naik, tapi kampung sudah riuh. Burung murai berterbangan, mungkin terkejut dengan jeritan keras lelaki yang sedang berdiri di tengah halaman rumah orang.

Majid berdiri dengan muka merah padam, tangan mengepal, dada turun naik.

Majid (menjerit):

“Kadir! Keluar kau! Jangan kau sembunyi macam anjing!”

Tingkap rumah kayu itu terbuka perlahan.

Kadir muncul, wajahnya cemas tapi cuba tenang.

Kadir:

“Apa kau mau Majid? Sia ndak mau gaduh sama kau… pagi-pagi sudah kau buat bising.”